Puncak Inn @ Fraser Hill 2012

30/6/12 (Sabtu) – 1/7/12 (Ahad)

Last saya bercuti pada  bulan 11 tahun 2011 di Kota Kinabalu dan Kundasang Sabah… memang kenangan yang tak dapat dilupakan… Insyaallah, ada rezeki nak pergi lagi..

tahun 2012 ni pulak, percutian pertama adalah pada bulan 6, kemana tahun ni?? ermm… ke Bukit Fraser…

Actually memang dah lama teringin nak pergi Fraser Hill ni.. plan punya plan, last last jadi jugak.. hehehe..

macam biasalah, dengan siapa lagi nak pergi.. semestinya dengan Geng Kaki Melancong(GKM) yang setiap tahun mesti travel dengan diorang… memang best..

ok fine~~~ tak mau buang masa… di Fraser Hill GKM berada di sana hanya 2 hari 1 malam sahaja… walau pun 2 hari, GKM sempat lagi jalan-jalan di dua tempat yang berbeza tetapi dalam negeri yang sama.. dua tempat yang GKM mkasudkan adalah Fraser Hill dan Colmar Tropical Bukit Tinggi.

GKM sampai di sana lebih kuran jam 11 pagi, di atas puncak Fraser memang sejuk, udara nyaman, pemandangan cantik… senang cerita, bagi mereka-mereka yang nak relax boleh la datang ke Fraser Hill ni..

 

 

Sebelum bertolak GKM berkumpul di Seksyen 13 Shah Alam.. menyempat lagi sebelum pergi GKM melantak dulu mee hoon yang dimasak oleh Kak Emi.

 

 

Dalam perjalanan ke Fraser Hill, ada beberapa tempat yang GKM singgah, salah satunya di sebuah empangan besar.. nama tempat ni EMPANGAN SUNGAI SELANGOR KUALA KUBUBHARU.

 

 

Perjalanan di teruskan lagi… kali ni kami singgah di point menarik ke dua iaitu Air Terjun Hutan Simpan Kekal.. masa ni terasa ada laluan angin dari atas puncak air terjun, dapat rasa udara dia yang segar… air tak yang cerita la.. memang sejuk gedik laaaa….

tak boleh lepak lama-lama kat sini, sebab destinasi utama tak sampai lagi..

 

Destinasi utama sudah sampai

 

Inilah Geng Kaki Melancong.. macam-macam style ada.. ada 3 orang lagi tertinggal kat belakang tu.. hahaha

Kayuh punya kayuh,, at last sampai jugak ke Puncak Inn… masa sampai jer kat sini memang teruja la sangat-sangatkan.. al-maklum laaaa, baru pertama kali sampai dan tempat pulak memang cantik…

 

 

 

Post Office

Tugu Fraser Hill

Lobi utama tepat ni tak ada la besar macam hotel 5 bintangkan.. tapi walaupun kecil, pemandangan kat dalam ni tetap GKM rasa tenang dan damai… ayat tak tahan… huhuhu

 

Bagi korang yang pergi Fraser Hill tanpa plan, makna kata pergi menonong jerkan, kat lobi utama Puncak Inn dah disediakan info-info mengenai tempat-tempat menarik yang ada di area Fraser Hill ni dan juga tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Pahang….

lepas dah dapat kunci, apa lagi… jom check it out…

 

kawan-kawan GKM semuanya ambil bilik yang berharga RM120 iaitu di tingkat ni laaa…  bilik paker ni dilengkapi dengan katil queen untuk 2 orang, Astro, pemanas air sekali dengan Tea & Coffee, kipas, toilet yang lengkap dengan sabun dan tuala..

dalam ramai-ramai ni, saya dan kawan saya sorang jer yang terlepas ke bilik paling atas sekali… secara tak langsung harga bilik pun harga puncak la jugakkan…

alkisahnya masa bank in ke Puncak Inn ni, saya terbank in extra RM60.. dan yang sedihnya tak boleh refunable balik sebab Puncak inn ni kerajaan pahang punya, jadi secara tak langsung duit yang di bank in tu masuk ke account kerajaan la.. tak boleh claim balik… ermmm.. sedih..

bagi mengelakkan dari duit hangus terbakar… baik digunakan untuk bilik yang mewah sikit. tak gitu~~ memang berbaloi baloi.. heheh

 

Mari naik ke Puncak~~

secara kasarnya, beginilah pemandangan dalam bilik saya yang berharga dalam RM165 -RM170 semalam.. bilik memang superb selesa la… boleh menari-nari lagi dalam bilik.. kalau bilik harga RM120 tak boleh nak meronggeng sebab boleh berlaga punggung… yang saya cerita ni fakta tau, bukan auta… sila percaya~~

 

Pemandangan di waktu siang

 

 

Pemandangan di waktu malam

Pemandangan cantik  gambar di atas ini hanya boleh dilihat dari bilik atas sekali..memang cantik dan sejuk.. dan korang kena la jalan-jalan kawasan sekitar kalau nak rasa feel lebih..

bayangkan, bilik di Puncak Inn ni memang tak ada air-cond, tapi sejuk dia memang superb sejuk… memang kalah Genting Highland… yer kerrrrr~~~ yer la kot.. heheh…

bilik yang ditempah akan diberi pakej sarapan pagi untuk 2 orang bagi setiap bilik… disebaban ada pakej, boleh la GKM merasa makan kat sini… kalau saja-saja nak pergi makan kat restoran Puncak Inn ni rasanya tak kot…  better korang pergi kat Food Court kat gambar bawah ni…

 

 

 

 

Muka ketat tunggu makanan.. (n_n)

ini kawasan Food Court yang harganya agak fleksibel dan orang semestinya ramai la kalau dah harga berpatutankan… lapar punya pasal, kutempuh jua.. kat sini juga ada jual souviner..

 

 

masa bermalam kat Fraser Hill ni, suasana malam memang sejuk sangat.. bila sejuk tau je la kan perut mesti lapar punya… GKM singgah salah satu restoran yang tak jauh pun dari Puncak Inn.. masakan not bad.. dalam cuaca sejuk sambil menghirup Tomyam panas ditambah dengan Teh Tarik.. perghhh~~~ terbaik~~~ heheh..

 

kalau nak beli souviner di Puncak Inn pun ada.. tak ada masalah…. cuma sediakan duit jer la… tapi kedai ni lambat sikit bukak… dah tau hari minggu tu buka la awal sikitkan.. tak kisah laaa.. bukan saya beli pun.. hehe…

ni baru cerita pasal tempat tinggal di Puncak Inn.. next entry nanti saya akan cerita lagi kemana GKM pergi sepanjang berada di sana…

tunggu la ek… (n_n)

Tags: , , , , , , , , ,

3 responses to “Puncak Inn @ Fraser Hill 2012”

  1. norshizasobry says :

    emm bagi yg pencinta alam memang best la tempt ni…tapi mcm abg ayie yg memang suka aktiviti mandi manda memang xsuai la kan…ape2 pun memang indah ciptaan Allah..cantik tmpt tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s