Japanese Tea House @ Bukit Tinggi (Part 2 – Finale)

Part 1 : Colmar Tropicale @ Bukit Tinggi (Part 1)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kalau tak dapat pergi jepun, dapat yang klon klon pun jadi laaaaa~~~ hehehe.. siapa yang nak  merasa ala ala tradisi jepun tu, boleh la datang di Japanese Tea House di Colmar Tropicale… kat sini memang ada mini perkampungan jepun.. siap menyediakan tradisi jepun seperti Tea ceremony dan bergaya dengan Kimono dan Yukata…

masuk ke perkampungan ni tak kena bayar apa-apa.. tapi kalau korang nak adakan Tea Ceremony dan nak pakai baju tradisi jepun, kena la buat bayaran sewa… ada faham ka??? hehehe… murah jer,,,  untuk kedua-dua benda tu hanya  makan belanja dalam RM50 sahaja untuk seorang…

Kalau nak pergi sana boleh tunggu di perhentian bus di luar Colmar Tropicale…

Jadual bus… actually bukan naik bus pun.. naik shuttle jer.. nak naik bus rasanya tak ternaik kita… tinggi gila  dan tonggek bukit nak pergi japanese house tu… naik shuttle pun aku dah cuak dah.. dalam kepala otak ni, boleh ke naik ni.. orang yang naik dah la ramai macam tin sardin…

actually tak payah ikut sangat jadual tu sebab dalam 15 minit jer shuttle datang… memang tak rasa pun tunggu lama..

Shuttle ni kecik jer.. macam van orang jual ikan kat rumah-rumah flat tu.. heheh.. tapi memang ruang kosong kerusi pun dah tak nampak dah masa ni… semua teruja..yer la… naik van ikan la katakan…  tengok muka sorang sorang kat dalan gambar ni.. hahaah… by the way.. ada satu baris lagi kerusi dihadapan yer…

nampak tak ikan tergantung-gantung tu.. kalau korang nak tau, sebelum nak sampai ke kedai ikan kena sembelih ni, korang kena menapak naik bukit ke atas… untuk orang sakit lutut tu memang tak digalakkan sangat-sangat… kalau kencing manis …darah tinggi.. haa tu boleh…

kat rumah ikan gantung ni ada kedai yang jual aiskrim.. ai mineral..100 plus dan macam-macam lagi la.. korang bayangkan setelah penat lelah beruang-beruang KL mendaki bukit tonggek.. dapat 1 tin air 100 plus tu rasa macam air syurga sangat,,, sangat sedap.. huhu..

kiri kiri…

On the way..

Nama melayu Kayu Arang jer… nama saintifik over sangat.. tersembur sembur air liur nak sebut…

Infront of japanese House

pose… pose lagi…

sesi memakai pakaian tradisi jepun… ada orang akan pakaikan.. jangan risau sebab tak perlu naked naked bagai.. pakai double jer… saya tak sewa pun.. just bergambar-gambar jer.. bajer!! bajet!!.. hehe

masa yang diberi semasa menyewa adalah 20 minit sahaja.. tapi budak-budak ni over terlebih lebih.. makcik jepun tu dah ushar ushar dah dari jauh.. kami masih buat bodoh.. hahaha…. bayar mahal tau… kena la lama sikit..

lihat la artist-artis yang diimport khas dari jepun.. 

sempat bergambar dengan artis-artis jepunggg~~ hehe

pemandangan dari atas pintu masuk Botanical garden

dah habis kat rumah jepun.. GKM lepak-lepak kejap di depan pintu masuk Botanical Garden… lepak jer… tak masuk pun.. tak larat dah.. lepas tu jalan turun bukit balik nak ambil shuttle bus jual ikan… heheh…

habis sudah percutian GKM selama 2 hari 1 malam di Pahang… dalam 2 hari banyak tempat boleh pergi… memang penat.. tapi penat yang berbaloi..

so percutian lepas ni tak dirangka lagi…. apa-apa hal pun visit jer blog saya… nanti tau la…

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: