Restoran Tasik Indah @ Shah Alam

10 August 2012 (Jumaat)

Bila sampai jer musim bulan puasa… dah sah sah banyak kedai-kedai makan, restoran-restoran dan bazar menjual macam-macam jenis makanan.. kadang-kadang tak pernah nampak pun sebelum ni.. tiba-tiba bulan puasa jer muncul pelbagai jenis menu-menu aneh… hahah..

itu bagi mereka-mereka yang berniaga.. kalau orang yang tak berniaga ni pulak.. mula la dalam kepala otak susun plan nak makan apa??.. berbuka kat mana??.. sibuk nak balik awal.. macam-macam lagi la.. (sama la dengan orang empunya blog ni.. heheh)..

ok.. kembali kepada topik asal…

Department tempat saya bekerja plan nak berbuka puasa bersama-sama di Restoran Tasik Indah yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam…

plan dari hari ke hari.. tangguh hari lain la and so on.. akhirnya jadi juga… lepas solat jumaat, kami pakat semua pergi la berbuka dengan bertemakan pakaian PINK!!!.. ko mampu??? haha.. mana nak cekau pink.. pakai jer la baju yang ala-ala pink…

jom kita tinjau-tinjau sikit restoran ni..

p/s  : kualiti pic kurang sikit sebab guna kamera phone murah jer.. hehe

macam-macam ada.. ni baru gambar meja 1 jer.. sebenarnya ada 2 lagi meja.. tapi tak mau ambil gambar.. kalau korang tengok, pinggan sampai terlebih-lebih meja dah.. hahaha…

bab menu tak yah cerita la.. kalau perut korang tong DBKL boleh la makan semua.. memang banyak sangat menu yang disediakan… tak termakan..

antaranya yang saya ingat…

ikan, sotong, ayam, udang, satay, ABC, kuih muih, dim sum, tomyam, sup jagung, air sirap, air mangga, air tebu, tea tarik, kopi, western, ais krim, sea food, etc…

kalau kesedapan tu bergantung pada tekak masing-masing.. lain tekak lain selera.. harga 1 kepala dalam RM57.00 (dewasa).. kanak-kanak saya tak pasti…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: