Mood update datang~~ (n_n)

Lama gila saya tak update blog… sampai nak “log in” pun dah lupa… hahaha…

ni pun sebab tiba-tiba mood datang nak update… so buat kompilasi cerita jer la yer… jom layan~~~

MAJLIS KONVOKESYEN..

setelah sekian lama menunggu majlis bersejarah ni.. akhirnya saya dapat juga memenuhi impian  ibu bapa saya nak saya pakai jubah konvo… memang best la sangat sebab dapat bunga.. lepas habis majlis, dan berarak keluar dewan jer nampak kawan-kawan keayangan saya dan tercongok kat luar dewan pegang bunga dan teddy bear.. terharu.. hahaha..

Kenangan dengan kawan-kawan…

ALHAMDULILLAH~~

lepas jer saya dapat scroll dalam Makmal Perubatan, tak lama lepas tu saya telah ditawarkan bekerja di salah sebuah university perubatan di Selangor sebagai MLT… dah kena la dalam bidang yang saya belajar tu.. memang seronok sangat sebab sebelum ni kejer pun bagus jugak cuma tak kena dengan jiwa… (n_n)

ooohh kepala ku terang lagi berkilau… ermmm…

REHATKAN BADAN

rehat la sangatkan.. sepanjag 2012 ni tak pergi bercuti lagi ni… jadi saya buat keputusan nak teaser percutian dulu kat Melaka Bandar Sejarah… kali ni pergi melaka pergi shopping banyak… sebab SALE gila punya murah… banyak habis masa kat Dataran pahlawan… nanti bulan December saya akan bercuti ke Kota Kinabalu dan Bulan January pulak ke Manila Filipina… tunggu update cerita saya kat sana nanti yer..

Hallowen Days dah ker??? saya pun tak tau.. al maklum la… orang Islam tak boleh menyambut sebab  Islam tak suruh pun… so i just ignore it benda yang tak perlu…

PERTAMA KALI CUBA

Dalam sejarah setelah sekian lama..di bandar raya bersejarah, baru dapat cuba Chatime.. padahal bersepah-sepah kat KL.. kat Melaka juga yang dicari… Chatime  memang sedap… next time nak cuba jenis yang lain pulak… (nampak sangat ketinggalan zaman aku ni…*sigh) 

Nom nom nom… dap dap dap….

KUCING-KUCING KU.. meowww~~~

setelah setahun lebih saya bela kucing akhirnya dapat jugak anak kucing campuran persian… Ibu nya si Michi dikawinkan dengan Shazel from johor… dapat la 3 ekor anak  kedabak besar… memang suka la… sekarang umur anak-anak kucing saya dah 7 bulan sekrang  dah.. tapi masa ni kesian tengok Michi kurus sangat… heheh

dari kiri : Chubby, tengah : angel, Kanan : Mubble (semua umur 1 bulan)

MUBBLE PINDAH

Masa Michi dikawinkan dengan Shazel.. satu perjanjian telah dibuat..s eekor daripada anak kucing saya akan diberikan kepada tuan empunya Shazel.. setelah di nilai-nilai akhirnya Angel telah terpilih untuk ikut bapak dia si Shazel ke Johor…

Inilah Mubble yang sekarang ni dah berumur  7 bulan… comelkan… rindu betul kat dia…

SELAMAT TINGGAL SELAMANYA

awal bulan 10 baru-baru ni saya dapat berita sedih dari tuan punya Shazel… Shazel dah tak ada lagi.. dia mati keracunan.. memang terkejut sangat.. anak-anak dia jadi anak yatim seusia 7 bulan… tak apa la Shazel.. sekurang-kurangnya sempat jugak ada baka 3 ekor yang comel-comel kan…ermm..

Shazel dalam kenangan

semoga kita dapat berjumpa lagi di alam sana…  (T_T)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

itu jer cerita untuk entry kali ni… nanti update lagi… ni pun update kat office.. heheh

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: