Metro Manila @ Philippines

Date : 9 to 13 Jan 2013

Dah lama pergi baru nak update cerita.. ni pun dah tak berapa ingat dah nama tempat-tempat kat sana… tapi tak apa la, janji semadikan jugak kenangan ni di dalam blog Geng Kaki Melancong…

kali ni saya pergi melancong ke bandar Metro Manila Filipina selama 5 hari 4 malam… lama kan… mesti la lama sebab nak melawat ayah angkat saya di sana.. dah lama dia tak turun Malaysia.. jadi turn saya pulak la turun ke Manila…

perjalanan saya ke sana hanya seorang diri sahaja.. sampai kat sana Tatay(ayah) dah tunggu depan airport… fuhhh~~~ lega rasa hati .. ye la, kat negara orang lain ni… segala benda berbeza.. duit, bahasa, makanan dan budaya dan cara hidup orang pun berbeza jugak…

P1030489 P1030487

dalam KLIA train… nanti tukar transit LCCT bus pulak…

berdebar-debar hati masa ni.. tak pernah naik flight sorang-sorang… tambahan pulak nak keluar dari Malaysia… macam-macam dalam kepala hotak ni… tapi dengan tenang kuredah jua…

P1030490

kali ni saya flight tak naik MAS atau Air Asia.. tapi saya menggunakan penerbangan CEBU PACIFIC AIR.. iaitu flight dari Filipin sendiri… kebetulan harga tengah promotion… pergi RM45.. balik pun RM45… murahkan…

P1030495

journay to Philippines bermula… actually flight penerbangan saya ni dah petang nak masuk senja dah… so dapat la tengok pemandangan sunset dari atas flight…

P1030501

sambil-sambil duduk tu.. membelek belek magazine depa ni ha… dah terasa ala-ala orang pinoy dah ni… baca magazine tagalog tau.. tetiba rasa lapar pulak masa ni… tapi apakan daya,, banyak makanan yang dijual memang banyak yang meragukan tak menjamin kehalalannya… perut pasrah… jadi minum air jer la…

P1030502

tengah – tengah duduk tu tiba-tiba stewardess buat pengumuman dalam flight.. ingatkan apa benda… rupa-rupanya dalam Cebu Pacific Air ni ada buat satu game.. game dia simple jer.. tunjuk barang apa yang dia sebut nanti… siapa paling cepat tunjuk,  orang itulah yang akan dapat hadiah…

saya pun get ready la nak main game ni.. tapi setiap kali dia sebut jer… mesti ada jer tangan yang pantas tunjuk barang yang stewardess tu mintak.. aku pun pelik jugak… dalam hati aku ni.. “cepat giler diorang ni tunjuk barang.. bila masa pulak diorang ni keluarkan barang!!!”…

saya tak tau strategi diorang ni sebab seat raw saya tak ada orang.. cuma saya sorang jer satu baris tu.. hati saya kata mungkin kebetulan kot…. sampai nak balik Malaysia pun seat barisana saya kosong.. saya sorang jer,,, hahaha.. aku lah raja!!!!

berbalik pada permainan dalam flight tadi… masa flight balik tu baru saya perasan.. rupa-rupanya game yang stewardes tu main memang routine setiap kali penerbangan.. no wonder la kalau penumpang-penumpang yang selalu naik tu dah tentu-tentu la diorang tau,,, lepas tu soalan diorang pulak sama jer,,,,

ni antara list yg diorang main…

1. pasport

2. pen

3. travel card

4. ic

5. jam

so barang-barang ni penumpang dah susun awal-awal atas meja seat diorang.. kurang asam betul~~~ hahahah… but it’s fun…  lain dari yang lain…

P1030520

Alhamdulillah… ini lah ucapan setiap kali penerbangan landing dengan selamatnya ke destinasi yang dituju…  tak sabar nak tengok luar airport…

masa flight dah masuk di kawasan Manila.. tengok jer kat luar tingkap.. subahanallah.. cantiknyer pemandangan dari atas dengan sinaran neon pantulan dari bandar… tapi dari pemandangan lampu-lampu ni dah boleh agak.. tersangatlah padat Manila ni dengan bangunan dan penduduknya…

kita kalau kat Malaysia.. keluar jer bangunan, nampaklah masjid-masjid yang tersergam indah… tapi kat Manila ni, keluar je airport tersergam gereja.. besar bukan main lagi… heheh….terpaksalah akur bahawasanya di Manila ini majoritinya adalah Christian… (n_n)

P1030519

beratur nak dengan Tatay.. nak naik teksi pergi office dia.. lepas tu ambik kereta balik rumah Tatay…

P1030525

Masa ni dah sampai di bangunan Office Tatay saya… saya tak masuk.. just tunggu di luar bangunan saja… pengalaman baru ditempat orang… mula-mula tu saya rasa pelik… kiri kanan banyak pulak restoran-restoran pork…  bila saya tanya Tatay jer, baru la saya tau.. kat Manila ni makanan utama diorang adalah pork…. so jangan pelik la kalau setiap restoran kat Manila ni majoritinya mesti ada menu pork… kesimpulannya di Manila ni susah nak cari makanan Halal… ada faham ka….

P1030529

di Manila ni juga saya ada satu sindrom..iaitu saya akan freakout bila kereta nak belok masuk simpang…. nak tau kena??? sebab di Philippines kereta diorang adalah left hand drive… jadi kita rasa kereta tu belok kanan.. tapi sebenarnya dia belok kiri,, macam mana aku tak menjerit dalam kereta.. hahah

masa ni nasib baik Tatay saya dah belikan Fillet.. kalau tak kebulor weiii… dah la dalam flight tak makan satu haram pun….makanan tak halal… lagi satu yang uniknya di Manila.. mereka tidak mempraktikkan supper… so sangat susah nak cari kedai-kedai makan ala-ala down town ker.. mamak corner ker….. foodcourt corner ker… tak ada yer.. harap maklum…

P1030530

akhirnya dapat jugak sarapan daging the only one yang HALAL…makan bersama nasi putih dan telur mata kerbau… Manang(maid) yang buat…

P1030535

kat sini lah saya tinggal selama 2 malam… di kawasan Mariposa… tempat resident Tatay… tempat kawasan dia cantik… rumah pun selesa dan cantik…

P1030576

get ready to shopping… amacam.. ada macam pinoy tak??? hehehe

P1030542 P1030546 P1030540

ini antara kedai yang paling banyak saya shopping baju t-shirt… memang murah.. bayangkan 100% cotton boleh dapat dalam anggaran harga RM16 sahaja.. murahkan…. insyallah ada rezeki datang Manila, saya nak pergi shopping kat sini lagi…

P1030580

gambar tak berapa clear… kat Philippine sangat terkenal dengan stesen minyak Petron.. stesen minyak baru yang ada di Malaysia.. sebijik brand dan warna…

P1030632

kesesakkan ibu kota Manila…

P1030556

Police traffic di hadapan balai bomba menjaga kesesakkan lalu lintas..

P1030558

kedai ni menjual air jus dari tumbuhan seperti bayam.. rasanya sangat enak…

P1030582kalaulah kat Malaysia ada letak iklan pork yang berkilat-kilat macam ni.. rasa-rasanya apa reaksi orang Malaysia yer…

P1030548

P1030697

P1030723

P1030689GREENBELT… sebuah bangunan shopping complex yang kalau tak silap saya, ia adalah yang terbesar di asia… memang besar giler… ada 5 pintu masuk yang berlainan…  terdapat juga banyak Jeepney pasrking di tepi-tepi jalan menunggu penumpang…

P1030696tengok wayang… saja mengisi masa lapang…  tengok cerita Hobbit… tiket kat sini mahal… huhu…  panggung wayang diorang tak ada subtitle tagalog… sebab bahasa pertama diorang adalah English.. bahasa kedua baru tagalog… jadi tak payah risau kalau nak berkomunikasi english dengan diorang…

P1030685lepas tengok wayang tu, saya lepak jumpa kawan-kawan philippines yang lain.. saya tak makan atau minum sebab tak yakin nak makan.. rasa-rasanya macam tak halal.. lagi pun restoran ni ada serve arak…jadi better saya elakkan…

P1030686dua malam saya tidur di Mariposa.. dan 2 malam lagi saya tidur di salah sebuah hotel di bandar Manila… al kisahnya nak jadikan cerita pagi tu kami breakfast di hotel tersebut… Tatay saya complain pasal Coffee dia tak sedap… complain biasa-biasa jer kat FB.. tiba-tiba salah seorang staff terbaca komen dia di FB… dah terus memohon maaf dia atas ketidak sedapan air kopi tersebut… betapa diorang bagusnya layan guess.. besok paginya saya dapat hadiah dari hotel tersebut.. dan pihak hotel menyediakan sepinggan buah-buahan segar untuk sarapan pagi… giler terbaikkk!!!!!

P1030766pejam celik pejam celik dah 5 hari saya di Metro Manila… and time to go back home… secara keseluruhannya tak ada apa sangat yang dapat saya simpulkan.. sebab tak banyak tempat saya berjalan… diatas faktor kesihatan Tatay yang kurang mengizinkan dan sudah berumur…  jadi banyak habis masa berborak-borak sebab dah lama tak jumpa…

insyallah ada rezeki dan umur yang panjang… sampai la lagi di Manila…. maybe lepas ni nak pergi dengan kawan2 la pulak…. heheh,,,

thank you so much to my Lovely Tatay… insyallah.. hope we can meet again…  maraming salamat po.. mahal kita… (n_n)

 

 

 

Tags: , , , , , ,

4 responses to “Metro Manila @ Philippines”

  1. haris says :

    brader nak tanye airport cebu ni naik kat lcct ke??? pastu airport manila dengan town manila jauh tak?? berape km n nak naik ape ye kalau nak ke airport?

    • alifsobry says :

      yup.. naik di LCCT…
      airport dia mmng dlm town jugak,,, tapi saya pening la jalan kat sana… nasib baik ada family kat sana.. so tak risau sangat

      kalau naik teksi cepat jer sampai ke airport sebab ada jalan highway direct ke airport,,,,

  2. haqita aqie says :

    dekat manila kat mana nak cari buah tangan yang murah2

  3. farhana says :

    boleh saya tau apa nama tempat tuan beli tshirt tu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: