Desaru Beach Resort & Spa

Baca tajuk macam gah jer bunyinya dan macam lebat sangat jer duit tukan… heheh… sebenar benarnya adik saya mejalani latihan industri di Resort ni… resort ni terletak di Pulai Johor Baru… jadi dikesempatan itu saya pun tumpang la sekaki ikut parent hantar adik ke situ…

perjalanan ke sana, bagi pandangan saya sangat membosankan…. tapi bosan-bosan pun sempat la jugak pekena Mee Bandung Johor…. terangkat bontot weii… memang sedap akak tu buat….

IMAG0064Mee Bandung Johor

Mee Bandung ni saya pekena di salah sebuah RnR nak ke Pulai… saya tak tau la nama tempat tu apa… tapi berdekatan dengan tempat ternakan ayam.. jadi lalat tu agak banyak sehingga merimaskan…. sebab tu sedap kottt~~~ huhu

2 8 4 3

sedikit sebanyak view kawasan Desaru resort ni.. tempat dia memang awesome.. cantik dan bersih di mata saya…. tapi orang tak ramai.. maybe pergi bukan time cuti sekolah kot…

plan awalnya nak bermalam semalam di Desaru Resort ni…. bila tanya harga.. 1 bilik dia bagi RM250… actually boleh jer kalau satu bilik… tapi disebabkan kawan adik saya ada sekali masa tu… takkan nak sewa 2 bilik.. dah jadi RM500… memang rabak la poket untuk bilik jer.. anyway adik saya ni perempuan.. so kawan dia pun perempuan jugak…. jadi terpaksa la melupakan niat nak bermalam kat Desaru… dapat feeling feeling aura resort pun jadi laaaa…..

Hotel-Sri-Malaysia kadkami bermalam di Johor jugak.. tapi stay one night di Hotel Seri Malaysia… harga dalam RM120++ termasuk sekali breakfast 1 bilik untuk 3 orang… jadi 2 bilik dapat la breakfast untuk 6 orang… kebetulan jumlah kami semua ada 6 orang… dah jimat duit kat situ…

dah settle urusan adik semua… kami pun bertolak pulang ke KL… tapi sebelum balik tu, kami ada singgah di sebuah masjid tak jauh dari hotel yang kami stay… nama hotel tak tau…. huhu

IMAG0065siapa tahu nama masjid ni boleh la share kat bahagian “comment” nanti yer… siapa teka dengan betul… saya tak bagi apa-apa pun…

IMAG0066

masa duduk depan masjid tu ternampak la satu pokok ni… ada buah banyak di bahagian bawah pokok… saya tanya la kat ayah.. ni pokok apa???.. ayah saya cakap ni… tu la pokok buah Tin… saya pun tak tau betul ke tak.. wallahualam… sesiapa tau boleh la berkongsi di ruangan comment nanti…

dah selesai merapu meraban segala… kami terus bertolak balik KL… esok tu kena pergi kerja laaa…. apa pun terhibur la jugak pergi johor walaupun tak dapat pergi tengok kawasan-kawasan pelancongan yang famous kat situ… insyaallah.. next time i will come again…

 

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: