Rangkuman Perjalanan Hidup Sepanjang Julai Hingga November 2013

Dah sekian lama hampir 6 bulan tak buka dan tak update blog ni..  sebelum mengakhiri 2013 ni.. nak jugak la update sikit-sikit apa info yang ada setakat ni… meh nak bawa korang review sikit apa aktiviti tu…

1. Biz Kucing

Alhamdulilah.. dulu berhobi-hobi jer dengan kucing…. sekarang dah menjana income dengan menjual kucing pulak… haaaa~~ sesiapa yang berminat nak beli kucing boleh la visit Kedai Kucing Aleep... saya akan update dari masa ke semasa sekiranya ada stock untuk dijual…

antara jenis kucing yang saya dah jual :

ImageImage

Image

2. Raya 2013

Tahun ni raya macam biasa la.. dengan keluarga,,, cuma tahun ni tak balik Penang… sambut secara sederhana sahaja.. yang paling best tahun ni dapat beraya dengan my lovely brother,,,

Imagesedikit penerangan cara-cara solat hari raya

Image

Image

always muka senget.. that’s my big bro

Imageni pertama kali makan Nasi himpit dengan sardin…

Imageni nama dia Rawon… makanan daripada indonesia… sangat sedap… thanks to my friend MiuMIu..

3. Restoran Cina Muallaf : Abdullah Chan

Rasanya dah ramai tahu restoran ni.. famous la jugak… apa yang boleh saya komen makanan dia ohseemmmm sedap… ni tekak saya la.. tekak korang saya tak tau…

ImageImagemasa ni teman member office buka puasa sunat…

4. Kota Kinabalu 2013

ermmm~~ pasal Kota Kinabalu(KK) ni semua teman-teman office terdekat dah tau… setiap tahun saya mesti pergi sana…  dah macam rumah kedua…tempat yang saya pergi ni pun lebih kurang sama jer…  apa yang boleh saya katakan.. Sabah memang best dan mendamaikan… heheh..

ImageMerdeka 2013 di Kota Kinabalu… santai jer suasana di KK.. tak sama macam KL..

ImageSeafood di Pasar Filipin… wajib… bukan semua kedai… ada satu kedai jer yang paling tip top… masak fresh..

Imagespecial friend from KK…

Imagesetiap tahun jugak naik Kundasang dan Ranau..

ImageBerpantai pantai.. bawa kawan-kawan semenanjung jalan-jalan.. PANAS!!

Imageni nama dia Nasi Betawi… makanan indonesia… saya cuba ni di restoran bersebelahan dengan Hotel Asia City KK.. rasanya not bad.. sedap jugak… nasi dia pun berempah…

5. Cherating & Terengganu 2013

dah bertahun-tahun tak pergi Cherating… tahun ni dapat jugak pergi tengok… macam biasa, tak ada apa sangat yang berubah… cuma tujuan utama ke Cherating adalah untuk berehat tenangkan minda dan badan…

ImageTanjung Inn Cherating… bilik besar RM250 boleh sumbat ramai-ramai… besar, bersih dan cantik.

ImagePantai Kemasik Terengganu.. 45 minit dari Pantai Cherating… pantai yang tak dibenarkan mandi… tapi view dia cantik..

ImagePenyu Santuary Cherating. masa ni lucky sebab dapat tengok anak penyu baru menetas..

ImageKelip-kelip Cherating.. disebabkan gambar kelip-kelip tak ada… jadi saya pos pic dengan minah mat Salleh dari Scotland ni.. katanya dia suka travel seorang diri,,, tenang tak ada gangguan… anak dia pun dia tak bawa… aneh perempuan ni!!

ImageMini Zoo di Kemaman Terengganu..

6. cameron Highland

Cameron Highland pun salah satu tempat yang dah lama tak pergi… kebetulan ada kawan ajak… penginapan pulak ditaja sepenuhnya… apa lagi, kita bedal laaa~~ hehehe

ImagePemandangan dari atas bukit Tanah Rata

ImagePertama kali mencuba madu lebah asli yang dimakan terus dari sarang… rupanya sangat kenyal sarang lebah tu… at last kunyah-kunyah dan buang macam chew gum..

Imageaiskrim coklat strawberry.. alamak!!! yang ni memang ohsemmm… RM5.00 jer.. tapi buah strawberry dia tak kedekut nak bagi…

ImageLadang Teh Cameron…

7. Konser Akhir Akademi Fantasia 2013

Imagekenapa pic AZHEAL??? sebab si Azhar tu kawan rapat… so datang ke stadium negara semata-mata memberi support sebagai penyokong AZHEAL..

8. Camar Laut Resort, Bagan lalang.

Disaster Relief & Medicine adalah salah satu program yang wajib di ambil oleh pelajar-pelajar Pharmacy dan MBBS di Cyberjaya University College of Medical Sciences(CUCMS)… jadi saya sebagai Facilitator yang bertugas dapat la menyelam sambil minum air di resort ni.. selain dapat menuntut ilmu.. dapat juga makan angin… heheh

ImageImageImageImageImage9. BERHULUCAMP : Hutan Lipur, Ulu Serting jempol Negeri Sembilan

Berhulu camp ni pun saya datang sebab kena jadi fasilitator bagi program FANTURERAVECAMP oleh pelajar-pelajar Foundation Pahrmacy dan MBBS… kalau ada sesiapa nak buat camp kat sini memang saya suggest korang pergi sebab memang best.. layanan pihak camp pun tiptop… terbaikk!!

Image

ImageImageImageImage

tu dia aktiviti yang dikumpulkan sepanjang Julai sampai la sekarang November 2013… ni semua sebab penyakit MALAS.. so saya update takat ni dulu… nanti update lagi.. jari jemariku dah kebas… ok byeeee!!!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: