Penang Hill a.k.a Bukit Bendara 2014

Lama betul tak pergi Bukit Bendera(BB)… kali terakhir pergi masa masih sekolah lagi.. dan yang terkini menjejakkan kaki ke BB ni pada 2014… lama gila kot.. dah Berapa tahun Ammi tinggalkan sekolah dan dah bekerja pun… ni pun pergi sebab ada wedding di Kedah… jadi dah sampai utara tukan, orang kata menyelam sambil minum air la baru puas…

Ammi menggunakan laluan Jambatan Pulau Pinang ke sberang.. nanti pulang dari Penang nak gunakan pengangkutan Feri pula..

Susur keluar ke Air Hitam (Penang Hill)

Susur keluar ke Air Hitam (Penang Hill)

Pemandangan Jambatan Pulau Pinang Dua

Pemandangan Jambatan Pulau Pinang Dua

Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang

Sebelum Ammi check in hotel, Ammi pergi jalan-jalan ke BB dulu sementara nak tunggu tengahari.. Sampai jer kat sana, ternyata dah banyak perubahan yang berlaku di BB tu… nak tengok BB terkini?? kejap lagi Ammi share photo..

jom cerita harga masuk dulu…

Bermula 1 March 2014 hingga 28 Feb 2015 akan dapat diskaun 50% ….kepada pemegang mykad beruntung la sebab dapat diskaun yuran masuk… kalau DEWASA RM4.00… kalau KANAK-KANAK RM2.00

berbeza pula dengan Non-MyKad.. harga bagi DEWASA RM15.00 dan untuk KANAK-KANAK RM7.50…pembayaran harus disertakan bersama MyKad bagi setiap orang.. siapa yang tak bawa tu dikira harga Non-MyKad.. ada faham ka…

Banner harga yuran masuk selepas diskaun

Banner harga yuran masuk selepas diskaun

kawasan dalamnya pula memang dah banyak perubahan dari segi keselesaan pengunjung yang dapat menunggu di kawasan yang teduh.. Pintu masuknya juga nampak cantik dari luar

Ruangan Menunggu

Ruangan Menunggu

Laluan Utama

Laluan Utama

Pemandangan Pintu Masuk

Pemandangan Pintu Masuk

kalau anda datang awal… dapat la beratur awal.. sebab Ammi rasa pengunjung sangat ramai ketika membeli tiket masuk.. mujur orang yang bertugas dikaunter tiket tu bekerja pantas…

cuma ada dua perkara yang Ammi tak suka ketika mengunjungi BB ni… hampir semua pekerja di BB ni muka ketat(masam) belaka… dan lagi satu yang Ammi rasa tak bagus sistem mereka ni, ada pelancong-pelancong luar negara yang datang lewat, tiba-tiba terus di bawa oleh pekerja disitu  terus ke kaunter dan beli tiket tanpa beratur.. sedangkan pelancong tempatan perlu menunggun giliran dan beratur untuk membeli tiket… saya rasa ni budaya yang tak bagus kerana warga tempatan tidak diutamakan lebih daripada warga asing..

Laluan masuk membeli tiket

Laluan masuk membeli tiket

Kaunter tiket

Kaunter tiket

Ok.. selesai sudah komen penambah baikkan mutu kualiti sistem… heheh.. tiket pun dah beli, jadi sekarang nak masuk ke dalam pula.. nak naik train.. jom jom… mood excited!!

Tunggu giliran ke train

Tunggu giliran ke train

masuk jer dalam.. tu diaaaaa~~~ panjang bukan main nak tunggu giliran naik train… tapi tak apa.. tetap tunggu dengan penuh sabar…

Laluan masuk

Laluan masuk

Check in kaunter masuk

Check in kaunter masuk

Papan tanda tunggu 30 minit

Papan tanda tunggu 30 minit

setelah penat tunggu giliran.. akhirnya ke dalam jua…. bila tengok train terkedu sekejap.. sebab dah canggih sangat.. seperti naik Train Monorail tuuuu.. canggih~~ canggih~~ dan perjalanan train di BB sekarang sangat laju… tak macam dulu… sangat old school sampai monyet pun boleh masuk join duduk sekali dengan kita… jadi sekarang tidak lagi…

Tiket & Train

Tiket & Train

Suasan dalam Train

Suasan dalam Train

Walaupun sedikit padat, dalam Train ni sejuk ada air-cond.. jadi pengunjung akan berasa selesa.. cuma akan kurang selesa kalau trip yang kita naik tu ada sekali dengan orang-orang yang sangat annoying terjerit-jerit macam train tu puak diorang je yang ada… huhuhu…

p/s : saya cakap macam tu sebab dah kena duduk sekali dengan manusia-manusia yang tak jaga sensitiviti orang lain… sebab tu laaa bengang… heheh

Pemandangan dari dalam train

Pemandangan dari dalam train

Subahanallah.. cantikkan?? memang cantik… walaupun sedikit jerebu, tapi alhamdulillah masih diberi peluang melihat kecantikkan Pulau Pinang…

Pemandangan dari atas bukit

Pemandangan dari atas bukit

Pemandangan dari atas bukit

Pemandangan dari atas bukit

Laluan dikawasan atas Bukit Bendera

Laluan dikawasan atas Bukit Bendera

sebenarnya di atas bukit ni lebih kepada pemandangan dan beberapa kawasan pelancongan yang agak menarik seperti Muzium Burung Hantu dan lain-lain lagi… jadi tak rugi kalau anda semua ke sini..

Pemandangan kawasan

Pemandangan kawasan

Pemandangan kawasan

Pemandangan kawasan

ini sebahagian pemandangan yang sempat diambil menggunakan kamera telefon… walaupun tak secantik DSLR, tapi masih berguna untuk update blog.. hehe

Train lama sebelum moden

Train lama sebelum moden

Old school gila kan dulu punya train… memang lama nak tunggu dia naik ke puncak.. macam yang Ammi cakap tadi, sampai monyet pun boleh join duduk sekali… ni bukan auta.. tapi fakta.. hehe..

LOVE  LOCK area

LOVE LOCK area

LOVE  LOCK area

LOVE LOCK area

LOVE  LOCK area

LOVE LOCK area

LOVE  LOCK area

LOVE LOCK area

Cinta ibarat KUNCI & MANGGA… hahaha!!! sesiapa yang rasa nak semandikan kenangan cinta dia, boleh la kuncikan cintamu di pagar yang bakal berkarat ini… hahaha…

Sign Board

Sign Board

Papan tanda ni akan membantu anda memberi petunjuk arah kawasan sekiranya anda sesat..

Kaunter Tiket ke Museum Burung Hantu

Kaunter Tiket ke Museum Burung Hantu

Ammi tak masuk pun Museum Burung Hantu ni… saja je post dan tolong promotekan untuk Penang Hill..

Food Court Area

Food Court Area

Food Court Area

Food Court Area

Food Court area ni ada dua tingkat… bahagian atas banyak makan-makana berat seperti western food dan eastern food.. di tingkat bawah pula lebih kepada pencuci mulut dan souviner.. di food court ini, anda tak dibenarkan membungkus makanan untuk di bawa keluar.. hanya boleh makan di dalam kawasan food court ni sahaja.. untuk menjaga kebersihan kawasan Penang Hill ni..

 

Tunggu Train nak balik

Tunggu Train nak balik

ok dah selesai jalan-jalan kat atas… sekrang jom kita nak turun bawah.. nak turun pun kena beratur sama sperti mula-mula naik tadi… huhu… nangesss~~

kawasan parking

kawasan parking

Ammi park kereta di kawasan ni… kawasan perumahan… tapi still kena bayar ye… seharusnya pihak pengurusan perlu sediakan parkir khas untuk pengunjung-pungunjung.. tapi apa yang Ammi lihat, lebih banyak pembangunan perumahan yang naikkan… sedangkan kawasan ni kawasan pelancongan.. jadi fifkir-fikirkan lahhh… sekian..

dah penat berleter… jom la nak pergi check in hotel… bye…

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: