Archive | Uncategorized RSS for this section

Lepak

Uikkkk lama tak update noooo.,

Kasi warm up skit blog Ammi ni… Nak cerita sikit la aktiviti semalam 12/10/18 – sabtu…

Aktivti ringkas hilangkan rasa jemu duk rumah jer seharian kan…. Kita Keluar jalan-jalan cari makan & tengok wayang…

Credit to abg Bob sebab taja aku… Haha

Pagi-pagi dah keluar pergi restoran Bunian Kat putrajaya… Korang waze jer,sure jumpa sebab famous kedai makan ni….

Kedai makan Bunian

So boleh agak la kan kenapa nama dia bunian….
Apa yang Ammi makan… Famous Kat sini nasi lemak & roti canai

Nasi lemak dia special sebab balut dengan telur dadar….

Roti canai ni kuah dia best.. terasa dhal dia…

Harga Ammi lupa nak tanya… sebab Makan free kan… Kita layan jer…


Settle breakfast, layan cerita Venom untuk kali ke 2 di IOI City Mall… Best cerita dia, kelakor…

Settle Venom, Ammi layan cake sepotong… Charcoal cake… Kat dalam mall jugak… not bad sedap….

Charcoal cake

Lepas tu terus gerak ke Dpulze Mall Cyberjaya melayan movie Indonesia pulak.. cerita ni actually kurang iklan di media sosial Malaysia… Tapi Ammi nak recommend you all pergi la tengok… Cerita ni sangat seram…

Tajuk dia : SEBELUM IBLIS MENJEMPUT….

Personal comment dari Ammi :

Cerita seram 1st Indonesia yang sangat seram pada pandangan Ammi… Ramai penonton yang datang tengok pun sampai tutup2 mata nervous apa yang akan berlaku… So Ammi malas nak cerita lebih2.. you all pergi la tengok sendiri sementara masih ada tayangan…


Settle movie … Dinner pulokkk… Melantakkk jer kerja kan… Sekali sekala kasi chance laaa..

lokasi pilihan di Umai Cafe di Putrajaya, bersebelahan dengan Tapak Food Truck dan Tak jauh dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.. nama glamour orang panggil Masjid Besi…

Umai Cafe

Sambil-sambil makan tu tengok view masjid yang cantik … Tenang jer…

Ok … Tu jer nak cerita untuk post kali ni….

Advertisements