Tag Archive | Alamanda

Kecewa dengan sikap mereka!!!!

Ammi betul-betul kecewa dengan Alamanda… actually bukannya Alamanda tapi masyarakat di Alamanda…  Alamanda tak salah apa2 pun… kenapa nak kena sombong?? mana perginya sikap lemah lembut dan sopan santun rakyat Malaysia… Ammi tau la ramai di sana adalah kakitangan kerajaan.. kononnya hidup kat sana tu ” high class “… tapi bukan la Ammi maksudkan  semua orang di Alamanda tu berperangai macam ni… cuma segelintir sahaja..

Yang Paling Ammi sakit hati adalah this one kedai gambar di dalam Alamanda ni… Ammi nak gi buat gambar pasport kat kedai ni.. bukan main lagi sambut customer dengan muka mencuka tak de senyuman langsung.. lepas tu boleh pulak bercakap dengan customer perli2.. ada 1 orang india ni mintak tolong dia pakaikan Tali leher.. lepas tu dengan tak pandang muka mamat india tu pastu cakap… “semua customer kat sini pakai tali leher sendiri”… pastu dia cakap lagi… “saya ni perempuan tak pernah pakai tali leher..(dengan tak pandang muka mamat india tu)”.. lepas tu dengan nada memerli dia cakap “hah.. nanti sy balajar macam mana nak pakai tali leher tu ye..”.. come on laa… tak boleh ke pandang muka customer tu.. lepas tu senyum la sedikit tanda hormat pelanggan.. pelanggan datang dengan baik kau sambut la dengan baik… Masa Ammi nak ambil gambar balik di kedai tu, terima kasih pun tak de.. apatah lagi senyuman dan paling sakit sakit tak pandang pun customer.. memang kurang ajar…

Ammi ingatkan perempuan tu sorang je.. rupanya kawan dia dalam kedai tu pun sama juga.. untuk pengetahuan korang dua2 orang perempuan tu adalah berbangsa melayu ye… sedar la sikit.. kamu tu hanya pembantu kedai… kalau owner sekali pon memang tak lama la kedai ko… lingkup…

Ammi mintak maaf la kalau tersinggung.. tapi Ammi harap dengan tertulisnya cerita korang ni.. berubah la sikit.. tak banyak pun tak pe… sekurang2nya bagi la senyuman.. senyuman tukan sedekah..

P/S   :

Kepada Tuan punya kedai… tolong la tegur pekerja2 anda ye… jangan bila orang negara luar datang baru nak bersikap baik (konon).. tapi bila orang Malaysia layan macam sampah… hipokrit ok!!!

Ni la kedai yang Ammi pergi tu… naib baik muka pekerja kedai ni Ammi tak tepek sekali.. !!!

Image070