Tag Archive | jenis-jenis lebah

Muzium Lebah Sedunia @ Melaka

8 January 2011 – Sabtu..

Ammi yakin Muzium Lebah ni memang ramai yang dah pergi.. kiranya Ammi je la macam “Lagging” sikit.. hehe… tak kisah la kan.. yang penting Ammi dah sampai ke Muzium Lebah Sedunia ni..

Muzium Lebah ni Ammi pergi selepas ke Muzium Orang Asli Melaka… pun tak  jauh sangat… terletak di Ayer keroh.. dekat je dengan Taman Mini Malaysia…

Yuran Masuk :

PERCUMA

jika korang tercari-cari hotel yang best di Melaka, Ammi ada sediakan senarai hotel pilihan yang mungkin boleh membantu korang membuat bajet destinasi korang di Melaka..

Klik :

HOTEL DI MELAKA

kat dalam ni terdapat banyak jenis spesies lebah dan sarang lebah sekali..  tapi semuanya telah di awet… so tak la merbahaya kepada orang ramai…

Lebah & sarang lebah ni di kumpul dengan menggunakan khidmat kepakaran orang asli.. kalau tak susah la nak tengok.. so credit to Orang Asli

Waktu Operasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Entrance utama

masuk-masuk je Ammi di sambut dengan pekerja kat dalam kedai ni… sangat bagus layanan diorang… mesra alam… banyak diorang ceritakan pasal lebah-lebah kat sini.. pendek kata sangat knowledgeable pasal lebah lebah ni..

by the way.. gambar kat atas ni adalah sarang lebah dan lebah original yang telah di awet… memang besar dan menakutkan…

Koleksi gambar ada diorang masukkan sekali dalam muzium ni… menarik la jugak… ada gambar-gambar diorang menternak lebah… ada gambar diorang panjant ambil sarang lebah.. huhu.. horror…  macam-macam lagi ada..

ini dia section-section jenis lebah yang berlainan… memang macam-macam ada…. daripada yangg nampak comel [comel ke!!].. sampai la yang nampak macam devil..

tebuan tanah adalah antara tebuan yang sangat merbahaya.. sengatan antara 3 – 4 ekor bisa lebah ni boleh menyebabkan maut… biasanya ada di ladang-ladang kelapa sawit dan tanah-tanah yang lembut.. hati-hati k..

species lebah yang diterang oleh pak cik yang berbaju kuning tu adalah sepesis lebah yang menghasilkan produk Royel Jelly….

yang ni lebah hidup… species ni kalau sengat tak merbahaya.. bengkak 3 hingga 4 hari je.. tapi yang istimewanya bisa dari lebah ni boleh mengubati penyakit dalam badan manusia.. sungguh istimewa… hebatkan ciptaan tuhan

Yang lebah jenis ni pulak ialah lebah yang menghasilkan produk Propolis… bentuk yang macam bintang yang berwarna hitam tu akan di proses menjadi Propolis..

Lebah jenis ni pulak tak menyengat… jadi tak perlu risau.. masa ni Ammi duduk dekat sikit dengan sarang dia.. sebab dia tak sengat..heheh

kalau dah habis pusing-pusing kat dalam muzium ni, jangan lupa  cuba minum madu asli yang disediakan oleh pihak muzium secara percuma…

kat situ ada 7 bekas yang disediakan…. bekas 1 sampai 4 adalah Madu Asli.. dan fungsinya yang sama iaitu menyejukkan badan dan membaiki sistem penghadaman badan..

bekas nombor 5 ni pulak adalah Madu Royal dimana ia  berfungsi sebagai meningkatkan daya mental, menghilangkan penat serta mencantikkan kulit.. Ammi suka yang ni.. hehe

Nombor 6 ialah Madu Cuka Epal.. ia berfungsi melenyapkan lemak berlebihan dan kolestrol dalam badan

dan yang ke 7 ni pulak ialah Madu Bisa Lebah… ia dapat merawat penyakit Gaut, sakit sendi, sengal sendi dan melegakan rasa-rasa kebas… yang ni kanak-kanak tak digalakkan minum..

kat muzium ni ada menyediakan khidmat jualan madu lebah asli mengikut jenis-jenisnya…

harga berpatutan… botol kecik kalau tak silap Ammi dalam RM20.00 sebtol.. botol besar RM60.00..

dekat sini tak ada la rasa macam musykil nak belikan.. dah tentu madu-madu kat sini ialah madu asli dari ladang.. hehe.. lepas ni nak beli madu asli datang ke kat Muzium Lebah Sedunia ni.. borong banyak-banyak buat stock..